gOS Rocket merupakan salah satu distribusi linux yang berasaskan pada Ubuntu 7.10 dan menggunakan Enlightenment sebagai ganti kepada GNOME dan KDE yang sering digunakan dalam sistem operasi linux yang mana dengan menggunakan Enlightenment ini, memori dan kelajuan CPU yang diperlukan adalah tidak setinggi yang disangkakan.
Untuk menggunakan versi terbaru gOS ini, anda hanya memerlukan sistem dengan 1GHz Pentium III dan 256 RAM selain daripada capaian dan akses kepada internet kerana gOS bergantung kepada perisian dan aplikasi dalam talian. Oleh kerana ianya bergantung kepada aplikasi dalam talian, maka ruangan hard disk yang diperlukan juga tidaklah begitu banyak.
Fungsi utama yang menarik dalam gOS Rocket ialah ia menggunakan iBar yang mana fungsinya lebih kurang kepada Dock yang didapati dalam sistem operasi Mac OS X Leopard yang mana icon Mozilla Firefox, GMail, Blogger, YouTube, Facebook, Meebo, Skype, dan lain-lain produk Google ditunjukkan. Antara perkara yang telah dinaik taraf dalam gOS Rocket ialah keupayaan menggunakan aplikasi dalam talian secara offline menggunakan Google Gears, Adobe Flash 9 yang membolehkan penggunaan serta merta YouTube, GTalk dan lain-lain, sistem pengurusan WiFi yang telah dinaik taraf, storan dalam talian menggunakan Box.NET dan pelbagai perkara lagi.
Anda boleh muat-turun sistem operasi gOS Rocket ini menggunakan torrent atau secara terus daripada laman utama mereka secara percuma.



nmpak gaya macam best je.sesuai x kalu kita nak install dalam eepc/netbook