KDE (K Dekstop Environment) merupakan salah satu antara muka desktop yang sering digunakan dalam sistem operasi Linux. Sebagai contoh, Kubuntu menggunakan KDE untuk grafik antaramukanya. Sama seperti pesaing terdekat, GNOME, KDE juga menyediakan perisian dari button, drop-down menu sehinggalah permainan, browser dan sebagainya. Jumaat lalu versi terbaru KDE iaitu KDE 4 telah dikeluarkan yang mana antara mukanya direka bentuk menyerupai Windows Vista dan juga Mac OS X.

Antara Muka Dekstop Yang Menggunakan KDE 4

Desktop Halimunan? Satu fungsi baru yang setanding Vista
Antara fungsi-fungsi terbaru yang terdapat pada KDE 4 ialah menu start yang telah diperbaharui dan dipanggil Kickoff; cara baru melihat widget dan aplikasi; file browser (atau dikenali sebagai Windows Explorer dikalangan pengguna Windows) yang telah dinaik taraf; dan juga sedikit pembaharuan ke atas aplikasi sedia ada.




Tiada Komen