Miro – Platform Video Sumber Terbuka

Ramai pengguna Windows lebih gemar menggunakan K-Lite Codec Pack untuk memainkan video mereka. Tahukah anda yang kini terdapat alternatif lain iaitu Miro. Dengan menggunakan Miro, anda boleh memainkan pelbagai format video seperti MPEG, Quicktime, AVI, H.264, Divx, Windows Media, Flash Video (FLV) dan sebagainya. Selain daripada itu, Miro juga boleh di pasang di pelantar Windows, Linux mahupun Mac OS.


Screencast Miro

Selain daripada pemain video yang menarik, anda juga boleh menggunakan Miro untuk torrent video kegemaran anda dengan lebih laju berbanding klien torrent yang biasa, disamping membuat carian secara terus ke 5 laman web terkemuka seperti YouTube, DailyMotion dan sebagainya seterusnya memperlihatkan hasil carian anda di Miro. Miro akan menyimpan video yang anda tonton secara streaming untuk beberapa hari sebelum ia membuangnya secara automatik untuk menjimatkan ruang komputer anda. Anda juga boleh memilih untuk tidak membuang video pilihan anda.

Untuk memuat turun Miro, anda hanya perlu layari laman GetMiro dan mula memuat turun secara percuma. Dan sekiranya anda ingin menyertai dalam projek Miro ini, anda boleh menghantar permohonan anda kepada mereka. Selain itu, anda juga boleh meminta pihak Miro membuat video player khas untuk anda dengan memasukkan logo syarikat anda kedalam video player tersebut.

3 Komen

  1. pcformula says:

    saya ada install miro dekat window xp saya,tapi bila saya guna je miro,komputer hang.nape ek.biasa memang saya guna codec.

  2. [...] terdapat beberapa pemain media yang berasaskan sumber terbuka di luar sana, dan antaranya adalah Miro dan juga VLC Media Player. Pada Khamis yang lepas, pihak pembangun VideoLan, telah melepaskan versi [...]

  3. Adney says:

    klo pengguna celcom broadband gune mnde ni.. habis arr

Tinggalkan Komen