Amarok 2.0 Beta 2 (Nujalik) Sedia Di Cuba

Pasukan Amarok, telah pun mengeluarkan versi beta kedua untuk Amarok 2.0, salah satu pemain muzik, yang mana dibangunkan menggunakan fail-fail asas KDE. Versi Beta 2 ini telah dilepaskan kepada ramai pada 6 Oktober 2008 yang lepas.


Antaramuka Amarok

Dalam Amarok 2 beta 2, antara perkara baru yang diperkenalkan adalah;

  • Versi yang lebih stabil.
  • Sokongan lirik berbahasa Cina daripada Sogou.
  • Kini, anda boleh menggunakan fungsi mute dengan klik pada icon volume pada toolbar
  • …dan pelbagai perkara menarik lain.
  • Anda boleh memuat-turunnya sekarang ataupun baca lebih lanjut mengenainya, selain jangan lupa menyokong Amarok pada bulan Roktober ini.

    1 Komen

    1. [...] cubaan beta, kini pemain audio seperti iTunes untuk para pengguna Linux sedia dimuat-turun. Amarok 2.0 [...]

    Tinggalkan Komen