Fedora Unity Project telah pun mengumumkan kesediaan untuk memuat-turun ISO DVD Fedora 9 Re-Spin. Re-Spin ini adalah berdasarkan versi Fedora 9, cuma ianya sedia lengkap dengan semua kemaskini sehingga 4 Oktober 2008. Walaubagaimanapun, ianya adalah versi DVD, dan tidak mempunyai versi CD untuk di muat-turun.

Antaramuka Fedora 9 [via]
Anda boleh memuat-turun Fedora 9 Re-Spin melalui Jigdo. Sekiranya anda tidak mengetahui cara menggunakannya, anda boleh membaca cara penggunaan Jigdo melalui Fedora Solved. Anda juga boleh memuat-turun Fedora 9 Re-Spin melalui SoftPedia sekiranya anda tidak berjaya menggunakan Jigdo.


Tiada Komen