Flash Player 10 Untuk Linux Boleh Di Muat-Turun

Adobe sekali lagi membawa khabar gembira kepada para pengguna sistem operasi Linux dengan menyediakan Adobe Flash Player 10. Adobe melepaskan Flash Player 10 untuk sistem operasi Linux pada masa yang sama yang sama untuk sistem operasi lain, iaitu untuk Windows dan juga Mac. Buat masa ini, anda boleh memuat-turun dan memasangnya secara manual, dan dijangka akan tersedia untuk pemasangan automatik melalui automated update repository tidak lama lagi. Kini, para pengguna Linux boleh menonton video dalam web seperti di YouTube dengan pilihan full-screen tanpa sebarang gangguan.

Tiada Komen

Tinggalkan Komen