Flock merupakan pelayar web yang amat sesuai untuk orang yang benci menggunakan plug-in tetapi inginkan fungsi tambahan. Melalui Flock 2.0, ianya menggunakan enjin Mozilla yang mana enjin sama digunakan untuk Firefox 3.0 selain beberapa tambahan dengan integrasi laman-laman sosial seperti MySpace, Twitter, Facebook dan pelbagai laman lagi.

Antaramuka Flock 2.0
Kalau sebelum ini, anda boleh melanggan ke RSS blog serta merta melalui Flock, melalui Flock 2.0, anda boleh melanggan media yang terdapat di sesuatu blog dan menambahnya ke Media Bar. Dan sekiranya anda menutup Media Bar dan juga tab sosial di sebelah tepi, maka ianya akan kelihatan seakan Firefox. Ia juga menyokong plug-in dan extension yang dibina untuk Fiefox. Anda boleh memuat-turun Flock 2.0 sekarang untuk sebarang sistem operasi termasuk untuk Linux.




Tiada Komen