FOSS.my 2008 adalah acara utama kumpulan sumber terbuka di Malaysia. Ini merupakan acara pertama yang mana dijangka akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Untuk tahun ini, FOSS.my akan diadakan di Asia Pacific Institute of Information Technology pada 8 November (Sabtu) dan juga 9 November (Ahad) dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Acara dua hari ini dijangka akan membincangkan pelbagai perkara dan topik menarik berkaitan sumber terbuka dan yang berkaitan dengannya. Untuk keterangan lanjut berkaitan dengan FOSS.my, anda boleh merujuk kepada laman rasmi, ataupun mengikuti perbincangan harian mereka di Twitter atau Facebook.



Tiada Komen