Google Picasa Linux 3 Setaraf Versi Windows

Linux sekali lagi bersaing rapat dengan sistem operasi lain dengan pengenalan perisian mengedit gambar keluaran Google – Google Picasa. Kini, Google telah memperkenalkan versi 3 beta untuk perisian Picasa keluarannya. Sebulan sebelum ini, versi 3 beta diperkenalkan untuk platform Windows. Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang berita untuk sistem operasi Mac.

Google Picasa Linux
Google Picasa Pada Platform Ubuntu [via]

Antara perkara baru yang diperkenalkan dalam versi 3 beta adalah:

  • Integrasi yang lebih baik dengan Picasa Web Albums
  • Kini anda boleh membuat gambar kolaj dengan lebih baik
  • Menambah teks atau watermark hanya beberapa klik sahaja sekarang
  • Lebih laju berbanding versi sebelumnya
  • Integrasi dengan Mozilla Firefox dengan penggunaan plugin
  • Data pengguna kini diletakkan di ~/.google/picasa/
  • Integrasi penggunaan kamera/media bersama GNOME/KDE
  • Walaubagaimanapun, ianya masih kekurangan beberapa perkara, seperti:

  • Tidak menyokong fail-fail video
  • Muzik tidak dapat dimainkan ketika persembahan (presentation) dilakukan
  • Anda boleh mencubanya dengan memuat-turun secara terus mengikut distro linux anda, samada Redhat, Fedora, SUSE, Mandriva, Debian, Ubuntu, ataupun Debian dan Ubuntu (AMD64). Anda juga boleh melihat di laman muat-turun untuk distro yang lain.

    Walaubagaimanapun, ianya masih dalam versi beta. Mungkin ketika ianya di keluarkan secara versi penuh, mungkin terdapat pelbagai lagi perkara menarik yang ditambah.

    Tiada Komen

    Tinggalkan Komen