Gunakan Ubuntu Eee 8.04.1 Pada Netbook Eee Anda

Sudahkah anda mencuba laptop-mini keluaran Asus, EeePc? Jika ya, anda mungkin perlu mencuba distro khas Ubuntu Eee yang dikeluarkan khas untuk laptop-mini ataupun lebih dikenali sebagai netbook. Melalui Ubuntu Eee, antaramuka yang lebih menarik dan interaktif, selain menyediakan lebih banyak sokongan untuk netbook Eee model terbaru.

Ubuntu Eee

Antaramuka Lebih Menarik

Ubuntu Eee menjadikan netbook anda lebih menarik dan interaktif berbanding sebelumnya. Kini anda boleh mengakses segala aplikasi dengan hanya satu klik dari satu tempat dengan mudah. Tidak lagi perlu tercari-cari seperti sebelum ini.

Memudahkan Kerja dan Lebih Selamat

Ubuntu Eee menyediakan aplikasi OpenOffice.org dimana anda boleh gunakannya untuk melakukan kerja-kerja pejabat mahupun sekolah atau universiti tidak kira masa. Selain daripada itu, Ubuntu Eee juga datang dengan pelayar web Mozilla Firefox versi terkini yang lebih selamat dan laju.

Untuk mencubanya atau ingin menggunakannya, anda boleh mula memuat-turun Ubuntu Eee atau mempelajari dengan lebih lanjut fungsi-fungsi lain yang disediakan dalam Ubuntu Eee.

Tiada Komen

Tinggalkan Komen