CodeWeavers hari ini memberikan peluang untuk semua pengguna Mac dan Linux untuk mencuba aplikasi CrossOver secara percuma. Dan tawaran ini hanya untuk hari ini sahaja (24jam) dan selepas itu, ianya akan mula dijual seperti biasa.

CrossOver Pada Platform Linux
Crossover adalah aplikasi yang membenarkan para pengguna menggunakan aplikasi Windows di platform Linux dan juga Mac. Sebagai kata mudah, ianya merupaka versi komersial Wine. Tempoh pemberian percuma untuk 24jam ini dibuat sempena menepati janji CEO Codeweavers, iaitu pemberian percuma aplikasi mereka sekiranya George Bush berjaya menurunkan harga minyak pasaran US.
Antara aplikasi yang boleh dipasang menggunakan CrossOver adalah Adobe Acrobat Reader 5.0, Adobe Photoshop 6 / 7 / CS / CS2, Dreamweaver MX, Microsoft Office 97 / 2000 / 2003 / 2007 / XP, Guild Wars, Half-Life, World of Warcraft dan pelbagai lagi aplikasi lain.



aku nak download tapi traffik jam
..mesti ramai sangat yg tengah download tu