OpenOffice.org 3.0 Sedia Di Muat Turun

Selain daripada Firefox, OpenOffice merupakan antara perisian sumber terbuka yang amat berjaya. Malah pelbagai agensi kerajaan di Malaysia sedang melakukan perubahan daripada MS Office kepada OpenOffice kerana fungsi OpenOffice yang amat menarik. Malah, kini dengan versi 3.0, OpenOffice melangkah selangkah lagi ke depan dengan menawarkan pelbagai fungsi-fungsi menarik.

Menyokong Mac OS-X

Dari versi 3.0 ini, OpenOffice.org boleh digunakan pada Mac tanpa sebarang aplikasi tambahan. Malah ianya berfungsi sama seperti aplikasi Mac yang lain tanpa sebarang gangguan. OpenOffice.org juga dikatakan amat stabil pada Mac OS sehingga ramai yang telah berpindah kepada perisian sumber terbuka ini.

Menyokong ODF 1.2

OpenOffice.org versi 3.0 sudah pun mula menyokong fungsi ODF 1.2 yang bakal diguna pakai. ODF kini diguna pakai oleh kebanyakkan negara malah digunakan dalam pelbagai aplikasi.

Sokongan Fail MS Office 2007

Selain menyokong fail-fail MS Office (doc, ppt, xls) dan sebagainya, kini OpenOffice.org 3.0 turut menyokong fail-fail MS Office 2007 (docx,pptx,xlsx). Dengan ini, kini anda tidak lagi perlu bimbang samaada fail anda boleh dibaca oleh sesetengah komputer atau tidak, kerana kini OpenOffice.org menyokong semuanya. Selain daripada format-format ini, ianya juga menyokong beberapa format lain seperti ODF. Di samping itu, anda juga boleh membuat dokumen anda menjadi fail PDF dengan beberapa klik sahaja.

Melihat Lebih Dari Satu Muka Surat Ketika Menulis

Kini, anda boleh melihat halaman-halaman yang lain ketika sedang menulis. Ianya amat penting untuk menyusun cara penulisan kita supaya memudahkan pembacaan. Oleh itu, kini dengan fungsi yang amat menarik ini, anda boleh menyusun dan membandingkannya dengan halaman-halaman lain ketika menulis.

Icon Baru Yang Lebih Menarik

Icon Baru

OpenOffice.org 3.0 turut memperkenalkan icon-icon baru yang lebih menarik. Dengan ini, para pengguna tidak akan berasa bosan lagi dengan antaramuka OpenOffice.org.

Anda boleh membaca mengenai fungsi-fungsi lain yang terdapat dalam OpenOffice.org 3.0 pada laman rasminya. OpenOffice.org 3.0 dijangka akan dikeluarkan pada Isnin ini - 13 Oktober. Mereka juga menyediakan acara rasmi pelepasan OpenOffice.org 3.0 di Paris. Walaubagaimanapun, beberapa server telah menyediakan OpenOffice.org 3.0 di server mereka,yang mana anda boleh memuat-turunnya sekarang.

4 Komen

  1. awqi_zar says:

    mmm..nah amik link nie amanz..lg byk mirror die..ble pilih link yg dkat2 skit dgn malaysia.. http://distribution.openoffice.org/mirrors/#extmirrors

  2. zool says:

    Masih tak pandai lagi pakai open office nie..

  3. melayubuntu says:

    erk???aku baru check tp yg stable version still 2.4.1..
    skrg ni version 3.0 still RC4..
    ape2 pun aku sabar menunggu…huhu

  4. kita says:

    kadangkadang keadaan yg memaksa kita tidak menggunakan open office

Tinggalkan Komen