Reka Permainan Video Anda Dengan Atmosphir

Teringin membuat permainan (game)sendiri? Kini anda boleh dengan Atmosphir. Atmosphir ialah salah satu permainan video 3D disamping menyediakan platform untuk mereka bentuk mengikut cita rasa anda. Yang menariknya, Atmosphir menyokong platform Windows, Linux dan juga Mac. Buat masa ini, ianya masih dalam peringkat beta tertutup lagi dan memerlukan jemputan untuk mencubanya. Anda boleh dapatkan jemputan [...]

Google Picasa Linux 3 Setaraf Versi Windows

Linux sekali lagi bersaing rapat dengan sistem operasi lain dengan pengenalan perisian mengedit gambar keluaran Google – Google Picasa. Kini, Google telah memperkenalkan versi 3 beta untuk perisian Picasa keluarannya. Sebulan sebelum ini, versi 3 beta diperkenalkan untuk platform Windows. Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang berita untuk sistem operasi Mac. Google Picasa Pada Platform Ubuntu [via] [...]

Gunakan Ubuntu Eee 8.04.1 Pada Netbook Eee Anda

Sudahkah anda mencuba laptop-mini keluaran Asus, EeePc? Jika ya, anda mungkin perlu mencuba distro khas Ubuntu Eee yang dikeluarkan khas untuk laptop-mini ataupun lebih dikenali sebagai netbook. Melalui Ubuntu Eee, antaramuka yang lebih menarik dan interaktif, selain menyediakan lebih banyak sokongan untuk netbook Eee model terbaru. Antaramuka Lebih Menarik Ubuntu Eee menjadikan netbook anda lebih [...]

GIMP 2.6 Memperkenalkan Antaramuka Baru

Pihak pembangun perisian edit imej – GIMP telah pun melancarkan versi terbaru perisian mereka iaitu GIMP 2.6. Pelbagai perubahan telah dilakukan didalam versi GIMP 2.6 dimana dari segi antaramuka pengguna dan juga integrasi GEGL untuk mengoperasi penggunaan warna. Anda boleh baca dengan lebih lanjut berkaitan GIMP 2.6 di laman rasmi mereka. Antaramuka GIMP 2.6 di [...]

Jom Main Game di Platform Linux

Suatu perkara yang sentiasa menjadi igauan pengguna linux adalah kekurangan permainan video untuk platform linux. LG-Live adalah salah satu penyelesai kepada masalah ini. LG-Live atau pun Linux Gamer Live merupakan DVD Live dengan beberapa permainan menarik yang telah dipasang kedalamnya. Untuk menggunakannya, anda hanya perlu membuatnya sama seperti CD atau DVD Live yang lain, iaitu [...]