Pengurusan Fail-fail Sistem Kini Lebih Mudah Dengan FSlint

Adakah anda selalu menghadapi masalah menguruskan fail seperti menjumpai sesuatu fail dengan banyak salinan, pautan yang membawa kepada fail-fail yang tidak wujud, dan juga fail-fail sementara yang tidak dipadam secara automatik? Kini anda tidak lagi perlu risau dengan wujudnya aplikasi FSlint ini. Walaubagaimanapun, buat masa ini, FSlint hanya menyokong pelantar Ubuntu dan juga Fedora 9.

Antaramuka Aplikasi FSlint
Antaramuka Aplikasi FSlint

FSlint ini ditulis menggunakan Python dan menggunakan GTK+2 dan libglade2. Oleh itu anda memerlukan Python bindings untuk dapat menggunakannya. Untuk maklumat lanjut berkenaan FSlint, anda boleh merujuk kepada Linux.com.

Tiada Komen

Tinggalkan Komen