Teringin membuat permainan (game)sendiri? Kini anda boleh dengan Atmosphir. Atmosphir ialah salah satu permainan video 3D disamping menyediakan platform untuk mereka bentuk mengikut cita rasa anda. Yang menariknya, Atmosphir menyokong platform Windows, Linux dan juga Mac.
Buat masa ini, ianya masih dalam peringkat beta tertutup lagi dan memerlukan jemputan untuk mencubanya. Anda boleh dapatkan jemputan secara percuma terus daripada mereka dengan mengisi beberapa maklumat seperti nama dan emel. Selain daripada itu, anda juga boleh melihat koleksi gambar selain menonton video Atmosphir sementara menunggu mendapat jemputan.



Tiada Komen