Pihak pembangun Wine baru sahaja mengeluarkan versi terbaru Wine 1.1.6. Bagi yang masih tidak mengenali aplikasi Wine, ianya adalah salah satu aplikasi khas untuk pengguna Linux, yang mana membolehkan mereka memasang perisian atau aplikasi yang dibangunkan untuk sistem operasi Windows. Melalui versi 1.1.6 ini, pelbagai masalah telah diatasi disamping menyokong X11. Anda boleh memuat-turunnya sekarang, ataupun sekiranya anda seorang pembangun, anda boleh memuat-turun kod sumber untuk Wine.


Tiada Komen