Selepas mengeluarkan Flash Player 10 untuk Linux tempoh hari, kini Adobe sekali lagi menghidupkan komuniti Linux dengan memperkenalkan Flash Player versi 64-bit.
Sebelum ini, untuk menggunakan Flash Player pada mesin Linux 64-bit, pengguna terpaksa menggunakan Flash Player untuk 32-bit beserta dengan bantuan NSPlugin. Walaubagaimanapun, ianya sering mengalami beberapa masalah ketika digunakan pada beberapa mesin 64-bit. Panduan pemasangan Flash Player pada mesin 64-bit telah pun disediakan oleh pihak Adobe pada laman rasmi mereka.




Tiada Komen