Beta Ketiga KOffice Di Lepaskan

Kumpulan KOffice telah pun mengumumkan pengeluaran beta ketiga aplikasi pejabat yang bakal dikeluarkan mereka – KOffice 2.0. KOffice yang mana dibangunkan untuk para penggun KDE, mempunyai beberapa komponen seperti KWord (Word), KSpread (Spreadsheet), KPresenter (Presentation), KPlato (Project Management), Karbon (Vector Graphics), Krita (Raster Graphics).


KOffice Ketika Beraksi [via]

Menurut pihak pembangun KOffice, ianya masih dalam peringkat beta, kerana mereka ingin mendapatkan pendapat dan pandangan daripada para pengguna. KOffice yang mana dahulunya dibangunkan untuk para pengguna KDE, kini turut boleh digunakan oleh penggun GNOME, Windows dan juga MAC. Selain itu, kini ianya turut menyokong format ODF (OASIS OpenDocument Format) yang digunakan sebagai standard utama pada masa kini dalam ke semua aplikasi pejabat.

Tiada Komen

Tinggalkan Komen