
Antaramuka Nexenta [via]
Kestabilan kernel Solaris memang tidak dapat ditandingi, dan dari segi kegunaan pula, tentunya dimenangi oleh Ubuntu. Dengan perkara ini, lahirnya satu distro baru yang mana dikenali sebagai Nexenta. Nexenta OS lahir daripada gabungan kernel OpenSolaris, Debian dan juga Ubuntu. Cuma satu perkara yang kurang mengenai Nexenta adalah, komuniti dibelakangnya. Di sebabkan kurang penglibatan mungkin, distronya agak ketinggalan, dan versi stabilnya, Nexenta masih menggunakan kod sumber daripada Ubuntu Hardy. Anda boleh mencubanya hari ini dengan memuat-turun versi stabil Nexenta – Nexenta Core 1.0 ataupun sekiranya anda seorang pembangun, anda boleh mencuba Nexenta Core 2.x dengan menyertai hackaton mereka.



Tiada Komen