openSUSE 11.1 Beta 4 Di Keluarkan

Kumpulan pembangun OpenSUSE telah mengumumkan pengeluaran OpenSUSE 11.1 Beta 4 yang mana kini sudah boleh dimuat-turun dan dicuba oleh para pengguna. OpenSUSE 11.1 versi penuh dijangka menemui para pengguna pada Disember 18, 2008.

OpenSUSE 11.1 Beta 4
Antaramuka openSUSE 11.1 Beta 4 [via]

Beberapa perubahan yang dilakukan sejak dari OpenSUSE 11.1 Beta 3 adalah;

  • Penyertaan aplikasi Nomad yang mana menyediakan antaramuka dan pengalaman desktop yang tidak boleh ditandingi.
  • Sokongan pengenalan melalui cap jari.
  • Sokongan webcam.
  • Penggunaan kernel Linux 2.6.27.4, Mono 2.0.1, GNOME 2.24.1, Evolution 2.24.1, dan Banshee 1.3.3.
  • OpenSUSE 11.1 dijangka menyertakan OpenOffice.org 3.0 disamping penggunaan kernel Linux 2.6.27, KDE 4.1, dan GNOME 2.24 dan dijangka menemui pengguna pada 18 Disember 2008. Anda boleh mencuba OpenSUSE 11.1 Beta 4 dengan memuat-turunnya atau membaca mengenai pembangunan OpenSUSE 11.1.

    Tiada Komen

    Tinggalkan Komen