Selepas mengeluarkan Flash Player 10 untuk Linux tempoh hari, kini Adobe sekali lagi menghidupkan komuniti Linux dengan memperkenalkan Flash Player versi 64-bit. Sebelum ini, untuk menggunakan Flash Player pada mesin Linux 64-bit, pengguna terpaksa menggunakan Flash Player untuk 32-bit beserta dengan bantuan NSPlugin. Walaubagaimanapun, ianya sering mengalami beberapa masalah ketika digunakan pada beberapa mesin 64-bit. [...]
Kumpulan pembangun OpenSUSE telah mengumumkan pengeluaran OpenSUSE 11.1 Beta 4 yang mana kini sudah boleh dimuat-turun dan dicuba oleh para pengguna. OpenSUSE 11.1 versi penuh dijangka menemui para pengguna pada Disember 18, 2008. Antaramuka openSUSE 11.1 Beta 4 [via] Beberapa perubahan yang dilakukan sejak dari OpenSUSE 11.1 Beta 3 adalah; Penyertaan aplikasi Nomad yang mana [...]
Hari ini, XiPH Foundation telah mengumumkan pengeluaran Theora 1.0, aplikasi sumber terbuka untuk encode video ke format *ogg. Sebagai menyokong aplikasi sumber terbuka, Mozilla dan Opera telah mengatakan bahawa pelayar web mereka akan menyokong format tersebut tanpa sebarang plugin tambahan, malah melalui Firefox 3.1, Mozilla telah pun mula menyokong media berformat *ogg menggunakan decoder Theora. [...]
Pembangunan Ubuntu 9.04 yang diberi nama Jaunty Jackalope akan memulakan pembangunan dalam masa 3 hari lagi, iaitu pada November 6. Ubuntu 9.04 Alpha 1 akan dikeluarkan pada 20 November 2008, iaitu dalam jangka masa lebih kurang 2 minggu lagi. Rekaan Desktop Ubuntu Oleh Pencinta Ubuntu [via] Berikut merupakan jadual pengeluaran Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope; November [...]
Selepas mengeluarkan enam versi percubaan, versi ke-sembilan Ubuntu, Ubuntu 8.10 – Interpid Ibex telah pun menemui pengguna pada 30 Oktober yang lalu. Antara aplikasi yang didatangkan dengan Ubuntu 8.10 adalah GNOME 2.24, Linux kernel 2.6.27, Guest session, DKMS, X.org 7.4, dan juga Network Manager 0.7. Antaramuka Ubuntu 8.10 Beberapa perkara menarik pada Ubuntu 8.10 Interpid [...]

