Pada 19 November yang lepas, PC/OS yang baru telah dilepaskan pihak pembangun mereka. PC/OS 2009 mengikuti perkembangan PC/OS OpenCore 1.0, selain memperkenalkan pelbagai fungsi dan aplikasi yang baru sejak PC/OS 2008.
OpenDesktop 2009 membawakan Firefox 3.0, Abiword 2.6.4, Exaile, GTKPod, Gimp 2.6, Pidgin 2.5, GNOME PhotoPrinter, Skype 2.0, VLC 0.9.5, dan TrueCrypt. Yang menariknya, PC/OS 2009 turut membawakan OpenOffice.org 3.0 yang mana tidak disertakan sekali dalam Ubuntu 8.10.
Anda boleh memuat-turun PC/OS 2009 secara percuma melalui laman rasmi mereka, ataupun memiliki PC/OS 2009 dengan penambahan multimedia pada harga $24.99.



Tiada Komen