Hari ini, XiPH Foundation telah mengumumkan pengeluaran Theora 1.0, aplikasi sumber terbuka untuk encode video ke format *ogg.
Sebagai menyokong aplikasi sumber terbuka, Mozilla dan Opera telah mengatakan bahawa pelayar web mereka akan menyokong format tersebut tanpa sebarang plugin tambahan, malah melalui Firefox 3.1, Mozilla telah pun mula menyokong media berformat *ogg menggunakan decoder Theora. Beberapa laman juga telah mula menyokong usaha ke arah penggunaan *ogg seperti laman WikiPedia dan juga TinyVid. Mungkin juga format ini bakal diadaptasi oleh laman-laman video yang lain seperti YouTube dan lain-lain.
Theora kini bersaing dengan beberapa format video yang lain seperti WMV, MPEG-4, dan juga FLV. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Theora melalui WikiPedia ataupun laman rasmi mereka.



Tiada Komen