Ubuntu Muslim Edition 8.10

Pihak pembangun Ubuntu Muslim Edition, hari ini telah mengeluarkan UbuntuME 8.10 yang mana kini sedia untuk dimuat-turun oleh para pengguna. UbuntuME 8.10 adalah dibangunkan berdasarkan pada Ubuntu 8.10 yang dikeluarkan baru-baru ini. Sama seperti distro Linux yang lain, UbuntuME turut menggunakan hanya perisian sumber terbuka sahaja dalam sistem operasinya.

UbuntuME 8.10 hanya disediakan dalam bentuk pemasangan DVD, dan memperkenalkan beberapa penambahan baru seperti:

  • WebStrict (aplikasi untuk mengawal kandungan dewasa) diaktifkan secara automatik selepas pemasangan.
  • Zekr 0.7.1 kini dipasang dan ditetapkan untuk memainkan bacaan al-Quran.
  • Addon untuk Mozilla Firefox seperti Minbar dan juga Firefox “Pray Times” disediakan dan telah dipasangkan.
  • …dan pelbagai perkara baru ditambah.
  • UbuntuME 8.10 turut menyertakan beberapa aplikasi seperti Inkscape, VirtualBox, Adobe Reader, Skype, Ubuntu Tweak, EnvyNG, Scribus, Compizconfig-Settings-Manager, Nautilus-Open-Terminal, Glipper Applet, GAlternatives, Startup Manager, Pessulus dan banyak lagi. Ia juga turut menyertakan bacaan al-Quran daripada beberapa qari yang baru seperti Muhammad Siddeeq al-Minshawi, Huzify, Sa’ad al-Ghamadi, dan juga Mishary Rashed Alafasy. Anda boleh mula memuat-turunnya secara percuma, dan cubalah gunakannya hari ini.

    Tiada Komen

    Tinggalkan Komen