Amarok 2.0 Dengan Antaramuka Baharu

Setelah cubaan beta, kini pemain audio seperti iTunes untuk para pengguna Linux sedia dimuat-turun. Amarok 2.0 membawakan pelbagai perubahan berbanding dengan versi sebelumnya. Perubahan yang amat ketara sekali adalah dari segi antaramukanya, yang mana kini lebih menarik jikalau dibandingkan dengan versi sebelumnya.

Selain daripada itu, beberapa perkara terbaru melalui Amarok 2.0 termasuklah:

  • Integrasi bersama pemain audio secara dalam talian seperti Last.fm dan juga Shoutcast.
  • Kini ianya menggunakan framework KDE4, berbanding sebelumnya yang mana menggunakan KDE3.
  • …dan beberapa perkara lagi.
  • Amarok 2.0 kini boleh dicuba oleh para pengguna Kubuntu 8.10, dan laman Kubuntu sendiri telah menyediakan beberapa tutorial mengenai cara pemasangannya. Distro lain yang turut disokong adalah seperti OpenSUSE, Fedora, Debian, PC Linux OS, Mandriva, Gentoo, Arch, Arch Linux dan juga yang lain-lain. Anda juga turut boleh mencubanya pada Mac ataupun Windows walaupun tidak diberi sokongan secara langsung.

    Tiada Komen

    Tinggalkan Komen