gOS merupakan salah satu distro Linux yang berasaskan Ubuntu, yang mana banyak menggunakan aplikasi dalam talian daripada Google dan beberapa aplikasi dalam talian yang lain. Rekabentuknya pula lebih menyerupai kepada OS-X, yang mana menjadikannya antara OS yang digunakan ramai pengguna, dan turut menjadi pengguna netbook (mini-notebook).

Hari ini, mereka telah melancarkan versi terbaru mereka gOS Cloud, yang mana banyak mengguna pakai pelayar web, yang mana kelihatan sama seperti Google Chrome. Melalui versi terbaru ini, mereka memperkenalkan dock di dalam pelayar web yang mana memberikan pengguna akses pantas kepada aplikasi-aplikasi yang digemari.
Selain daripada itu, gOS Cloud juga menyediakan pilihan pantas yang mana memberikan pengguna untuk bertukar kepada sistem operasi lain seperti Windows ataupun Linux OS dengan pantas. Malah icon khas juga disediakan pada dock. Cloud juga turut menyokong dua format media yang popular iaitu Flash (YouTube) dan juga MP3. Untuk mula menggunakannya, anda hanya perlukan sistem dengan 128 MB Ram, ruangan sebanyak 35 MB, dan juga prosessor x86.



salam singgah kembali.
nak tanye… kalau os ni… bleh detect
usb broadband ke? maksudnye driver broadband???
kalau bleh citer skit. UBUNTU pon tak support
susah betoi nak configure, ade solution.. tapi panjang sangat.
Thanks,
Kreuger®
Salam Azman,
Sebenarnya, versi Linux yang dikeluarkan sejak awal tahun 2008 sudah pun mula mengenal-pasti modem USB sebagai modem. Sebelum ini, perlu menjalankan beberapa perkara untuk mengenal pastinya sebagai modem.
Sekiranya gunakan versi terkini, anda hanya perlu memasang aplikasi untuk menghubungkannya dengan internet. Sama seperti pada Windows.
Zul ada menulis mengenainya:
http://melayubuntu.blogspot.com/2008/07/celcom-broadband-huawei-e220-modem.html
hahaha… ok laa kalau macam tuh…
baru best nak buat server macam ni.
Pakai windows ni kalau buat server leceh betoi la.
Now nak kosentret bab server lunux plak.
semenjak kecewa dengan ubuntu hari tuh.. terus
remove dari pc. sebab susah nak configure USB modem.
kekek… ok nanti kalau ade paper yg tak paham,
aku singgah sini… thanks bro bro semua~
Kreuger®
mana mau download ye?
minat la..
yang nie akan dilancarkan dalam tahun depan.
salam…
singgah sini jap …
gOS Cloud sy tgh gunakan utk desktop sy di umah … masih lagi baru dalam linux ni .. heh… sy buat 2 OS dalam satu PC …
tq kerana invite…
hmm. macam menarik jugak. [^^]