Boleh dikatakan Adobe kini cuba memperkenalkan kesemua aplikasinya untuk platform Linux disamping juga Windows dan Mac. Walaupun sebelum ini aplikasi Adobe kebanyakkannya boleh digunakan menggunakan Wine ataupun CrossOver, kini Adobe sendiri memperkenalkan aplikasinya untuk platform Linux.
Setelah memperkenalkan Adobe Flash untuk Linux, kini ia juga turut memperkenalkan Adobe Air khas untuk para pengguna Linux.

Oleh kerana Zul masih belum menulis mengenai cara pemasangan Adobe Air di Ubuntu pada blognya, maka disini saya akan kongsikan bersama para pembaca. Untuk memulakan pemasangan, anda perlulah mempunyai fail pemasangan Adobe Air, yang mana anda boleh dapatkannya secara percuma melalui laman Air sendiri (#). Seterusnya simpan fail tersebut pada dekstop, dan jalankan perintah berikut pada Terminal:
cd Desktop
chmod +x AdobeAIRInstaller.bin
sudo ./AdobeAIRInstaller.bin
Ikuti langkah pemasangan yang ditunjukkan pada skrin, dan anda akan berjaya memasangnya dengan mudah. Untuk mencuba samaada pemasangan anda berjaya ataupun tidak, sila muat-turun sebarang aplikasi Adobe Air dan cubanya pada desktop Ubuntu anda. Anda hanya perlu muat-turunnya dan double-klik untuk mulakan aplikasi Adobe Air.




jarang pun aku guna benda ni…
sebenarnye aku msih tk paham guna Adobe Air nie..
jelaskan siket..
webpage tu tk leh komen lerr..
tp nk komen tnggalkan kat CBox tu je laa..
hehe..
cd Ubuntu tu ko nk mntak 10 pn bole..
pass alamat kat email (ubuntuseekers@aol.com) atau lokasi COD..
kalau area KL laa..
jmpe antara 26-28hb nnt..
Adobe Air nie just membolehkan kita gunakan aplikasi web pada desktop dengan mudah. Lebih kurang camtue ler kalo secara ringkas. Huhu.
kalu mcm tu mse gne EXPLORER dlu pn bleh buat gak..
tk de install Air nie pin..
mse tu pn mende alah nie tk de lg..
hak3..(msih tk paham)
psl CD tu sebenarnye tk de ape2 yg istimewa sngt..
cme cover special edition utk program tu..
CD yg dgunakan pn grade A..
wlaupn tk de special printing..
pn versi Hardy (8.04) pnye..
aku pun tak ada guna sgt Adobe Air ni..tap komuniti Linux dah byk suka ngan Adobe psl diorang dah mula samakan masa keluaran produk depa yg sblm ni windows je cepat. Linux plak ambik masa smpi berbulan2 untuk kuar versi yg sama.
x dpt run dlm ubuntu 64 bit,,,,
[...] blogger aku yang hebat-hebat telah memperkatakan tentang Adobe Air. Antaranya adalah MelayUbuntu, LinuxMalaya dan Chokilala juga ada memperkatakan tentang Adobe Air. Notakaki 4: Aku tahu disebabkan ada orang [...]