Sekiranya anda merupakan salah seorang pengguna tegar GMail, anda mungkinnya memerlukan suatu aplikasi yang memberitahu anda setiap kali emel masuk ke dalam inbox anda. Sekiranya anda menggunakan Windows atau Mac, Google ada menyediakan aplikasi khas untuk pemberitahuan emel baru di GMail, tetapi bagaimana pula sekiranya anda menggunakan platform Linux? Untuk pengguna Linux, terdapat dua aplikasi iaitu CheckGMail dan juga KCheckGmail.
CheckGMail

Sama seperti GMail Notifier untuk Windows dan Mac, CheckGMail pula adalah untuk pengguna Linux yang menggunakan sistem GNOME, yang berorientasikan GTK. Ianya adalah aplikasi pada system tray, dan memberitahu anda sebaik sahaja terdapat emel baru pada akaun GMail anda. Pelbagai perkara biasa seperti menandakan emel tersebut sudah dibaca, memadam emel dan sebagainya boleh dilakukan secara terus tanpa perlu memasuki halaman GMail pada pelayar web anda.
KCheckGMail

Sekiranya CheckGMail adalah untuk GNOME, KCheckGMail pula adalah untuk para pengguna KDE. Menariknya, KCheckGMail terdapat dalam pelbagai variasi bahasa, dan saiznya adalah amat kecil, lebih kurang hanya 230kb sahaja. Melalui KCheckGMail, ia juga boleh melihat fail yang di attach, dan juga boleh membaca dan menghantar emel dengan lebih pantas. KCheckGMail juga menunjukkan berapa banyak emel yang tidak dibaca lagi, dan sekiranya emel yang dibaca adalah melebihi 100, ianya agak sukar untuk dibaca, kerana angkanya menjadi agak kurang jelas.


cantek jugak linux ni ek
Thank amanz,banyak tip kau beri.Laman blog aku sentiasa kunjungi.Peminat Linux dan sumber terbuka Aku ni
.
Thanks tukar link,terkejut aku kau letak link aku kat rakan linux bcoz aku ni newbei lagi.:)Aku dh letak link Blog ni.
wah cam tuh pon ade ke?
thanks. erm… ade tak tools
untuk tengok RSS feed direct terus
kat pc? maksudnya… bile pc online
application ni terus update RSS feed kite.
so tak perlu nak nak bukak web/blog dan
check berkali-kali untuk entri terbaru.
kalau ade nanti kasik tau ok~
thanks~
Kreuger®
dulu aku pakai gmail notifier tu. sekarang. malas aku. saje. biar wujud unsur suprise. haha..
@titan
sama la kita..sebelum ni pernah install kat ubuntu 7.04
biar ada unsur-unsur surprise bila email masuk inbox.hehe.