Linux Mint 6 (Felicia) Makin Menarik

Semalam, pihak pembangun Linux Mint telah mengumumkan versi terbaru sistem operasi mereka, iaitu Linux Mint 6 dengan nama kod Felicia. Linux Mint 6 adalah salah satu evolusi daripada Linux Mint OS, yang mana ianya dibangunkan daripada kod sumber Ubuntu 8.10, serta menyertakan bersama teknologi terkini seperti Linux kernel 2.6.27, GNOME 2.24 dan X.Org 7.4. Selain daripada itu, Linux Mint 6 turut sama menyertakan mint4win yang mana membolehkan anda memasang Linux Mint OS terus daripada sistem operasi Microsoft Windows dengan mudah. Muat-turun Linux Mint hari ini, dan cubanya sendiri yang mana dipenuhi beberapa ciri-ciri yang menarik.

1 Komen

  1. pcformula says:

    wah menarik ni.nanti aku try live cd dia

Tinggalkan Komen