Ubuntu Tweak – Tambah Baik Ubuntu Anda

Beberapa rakan saya yang menggunakan Ubuntu masih lagi belum biasa menggunakannya, setelah beralih daripada platform Windows. Jika anda pun sama seperti mereka, perisian berikut mungkin akan berguna kepada anda. Sama seperti aplikasi tweak yang lain yang mana terdapat pada platform Windows, Ubuntu Tweak turut mempunyai fungsi yang sama iaitu memudahkan penggunaan Ubuntu dikalangan para pengguna baru dan sedia ada.

Beberapa fungsi yang terdapat pada Ubuntu Tweak adalah seperti boleh melihat informasi sistem dengan mudah (seperti kernel, CPU, memori dan sebagainya), mengawal sekuriti sistem dengan mudah, mengubah antaramuka Ubuntu anda (Splash Screen, Icon, dan sebagainya), mengawal penggunaan kuasa dan sistem, dan pelbagai perkara menarik lagi.

Anda boleh mencubanya pada pemasangan Ubuntu anda, dan menariknya, Ubuntu Tweak juga turut boleh digunakan pada platform Fedora. Mungkin tidak lama lagi, lagi banyak distro yang akan disokong oleh Ubuntu Tweak.

6 Komen

  1. mrahfa says:

    hmm, bagus jugak ada utiliti macam ni, worth to try nanti. Thanks.

  2. Mustakim says:

    Salam, aman.

    Anda seorang pengguna GNU/Linux juga ye. Salam ceria

  3. j_hafiz says:

    url 4 window pls..free version…

  4. ahmad says:

    bleh terangkan ttg cm mne nk update kn perisian dlm ubuntu..
    cth cm open office 3.0 dll.
    xtau la cm mne
    sbb dlm windows pkai perisian filehippo bleh trus update
    maap la klu myusahkan

Tinggalkan Komen