Khas untuk para pengguna yang mempunyai masalah penglihatan dan sebagainya, salah seorang pembangun telah membangunkan Vibuntu 1.0, hasil daripada kod sumber Ubuntu 8.10. Ianya direkabentuk untuk dijalankan pada thumbdrive ataupun CD, seterusnya boot dan terus memulakan Orca Screen Reader. Seterusnya anda boleh mengaktifkan full-screen magnification dengan bantuan kekunci pantas.
Berlainan dengan Ubuntu 8.10, Vibuntu didatangkan dalam dua jenis, iaitu 2D dan juga 3D. Untuk versi 2D, hanya menggunakan grafik yang kurang dan asas sahaja, dan boleh dijalankan pada sebarang komputer. Manakala untuk versi 3D pula, anda memerlukan PC dengan kad grafik yang baik.
Vibuntu 1.0 juga tidak menyertakan pelbagai aplikasi seperti GIMP, F-Spot, dan Ekiga. Tetapi anda boleh memasang kembali aplikasi ini dengan mudah.




Tiada Komen