
Selepas melepaskan Fedora 10 pada 25 November yang lepas, kini mereka telah memulakan pembangunan versi seterusnya, iaitu Fedora 11. Fedora 11 dijangka akan dilepaskan pada bulan Jun 2009 dan diberikan nama kod Leonidas.
Versi Alpha Fedora 11 dijangka akan dikeluarkan pada Februari 2, diikuti versi Beta pada 24 Mac. Versi akhir dijangka akan dikeluarkan pada 26 Jun 2009. Buat masa ini, anda boleh mencuba Fedora 10 yang dikeluarkan baru-baru ini.
Fedora merupakan salah satu sistem operasi yang dibangunkan menggunakan kernel Linux dan dibangunkan oleh komuniti Fedora seluruh dunia.



Leonidas ni bkn ke nama Raja Spartan dlm cite 300?
Madness? This is Spartan!
hehehe… terjemah ‘release’ sebagai dilepaskan ke dilancarkan?… kena jadikannya perkataan piawai ni…
Hmm…kena bagi perhatian nie..nanti aku try semak balik…huhu
Wah, Leonidas, macam nama hero crite 300 pulak.