gOS 3.1 Gadgets Di Perkenalkan

gOS 3.1 Gadgets (SP1)
Antaramuka gOS 3.1 Gadgets (SP1) [via]

Think gOS telah pun memperkenalkan versi terbaru sistem operasi mereka, iaitu gOS 3.1 Gadgets (SP1). Melaluinya, gOS 3.1 boleh melancarkan Google Gadgets untuk Linux ketika komputer dimulakan serta-merta, dan membolehkan lebih 100,000 iGoogle dan Google Gadgets di gunakan pada desktop.

Selain daripada itu, Wine 1.0 yang disertakan sekali padanya membolehkan beberapa aplikasi Windows dipasang pada gOS 3.1 Gadgets (SP1) ini. gOS 3.1 ini diasaskan daripada salah satu distro Linux yang popular, iaitu Ubuntu 8.04.

Pihak Good OS juga akan mendemonstrasikan Cloud di CES pada minggu ini. Cloud dijangka akan diperkenalkan pada tahun ini.

3 Komen

  1. MK says:

    Eh, boleh lak masukkan entri kat LinuxMalaya ni kat Amanz ye. Anyway good work Aman, keep on writing :)

  2. hydir says:

    gOS memang menarik… simple yet wonderful…

    nak cuba try pula SP1 ni… x perasan pula…

Tinggalkan Komen