Linux Kernel 2.6.28 Menyokong Ext4

kernel

Linus Torvalds telah mengumumkan mengenai keluaran Linux kernel yang terkini, iaitu kernel 2.6.28. Kernel terbaru ini membawa sokongan kepada Ext4, iaitu versi sistem fail extended yang ke-empat. Ia juga mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding dengan Ext3. Selain daripada itu, kernel 2.6.28 juga membawa pelbagai sokongan drivers yang baru, dan sokongan device yang baru.

Untuk yang tidak mengetahui, apa itu Kernel, berikut merupakan definisi Kernel dari laman WikiPedia:

Kernel merupakan komponen pusat untuk kebanyakan sistem pengoperasian yang mengatur penggunaan ingatan/memori, peranti masukan dan keluaran, proses-proses, penggunaan fail pada sistem fail dan lain-lain dalam sains komputer, . Kernel juga menyediakan sekumpulan layanan yang digunakan untuk mengakses kernel yang disebut system call. System call ini digunakan untuk mengimplementasikan berbagai-bagai layanan yang diberikan oleh sistem pengoperasian. Program sistem dan semua program-program lainnya yang dijalankan di atas inti disebut mod pengguna.

Kernel Linux terdiri dari beberapa bahagian penting, seperti: pengurusan proses, pengurusan ingatan, pemacu perkakasan, pemacu sistem fail, pengurusan jaringan dan lain-lain. Namun bahagian yang terpenting ialah pengurusan proses dan pengurusan ingatan. Pengurusan ingatan meliputi penggunaan ingatan, kawasan pertukaran, bahagian-bahagian kernel dan untuk cache penimbal (buffer cache). Pengurusan proses menangani penggunaan proses-proses dan penjadualan proses. Pada bahagian dasar kernel terdapat pemacu perkakasan untuk setiap jenis perkakasan komputer yang disokong.

Tiada Komen

Tinggalkan Komen