
Mandriva Linux Ketika Beraksi
Pembangun Mandriva telah pun mengumumkan versi alpha kedua untuk sistem operasi Mandriva akan datang iaitu Mandriva Linux 2009.1. Dalam versi aplha kedua ini, beberapa aplikasi dan perisian telah dikemaskini membawakan teknologi terbaru untuk Mandriva Linux ini. Antranya ialah termasuk pengenalan KDE 4.2 RC, GNOME 2.25.4, dan sokongan kepada sistem EXT4. Ini hanyalah versi pembangunan, dan versi stabil Mandriva Linux 2009.1 dijangka akan dilepaskan pada bulan April 2009 kelak, bersama-sama dengan sistem operasi linux yang diguna pakai ramai pengguna, Ubuntu.




Tiada Komen