Super Ubuntu – Lengkapkan Ubuntu Anda

Sebagai melengkapi segala kekurangan yang terkandung dalam Ubuntu, kini sebuah distro baru telah dibangunkan, yang mana diberi nama Super Ubuntu. Versi terkini daripada distro tersebut, Super Ubuntu 2008.11 melengkapkan beberapa perkara yang tidak terkandung didalam Ubuntu 8.10 iaitu, OpenOffice.org 3.0 yang mana menyokong fail-fail dalam format Office 2007, aplikasi gambar kegemaran, GIMP 2.6.3, pelayar web terkini – Firefox 3.04, sokongan multimedia yang lebih baik melalui MPlayer dan juga VLC, sokongan internet yang lebih menarik dengan aplikasi seperti Adobe Flash Player dan Opera. Selain itu, Super Ubuntu juga didatangkan dengan Wine untuk membolehkan paa pengguna menggunakan beberapa aplikasi Windows padanya. Super Ubuntu juga turut didatangkan bersama-sama Ubuntu Tweak.

Tiada Komen

Tinggalkan Komen