
Kelmarin saya telah pun menerima Kit Ubuntu 8.10 daripada pihak Jom Linux untuk dicuba terlebih dahulu sebelum ianya mula dijual kepada orang ramai. Berbeza dengan CD percuma yang kita dapat melalui Ubuntu sendiri, Kit Ubuntu 8.10 ini didatangkan bersama dengan sebuah buku panduan kecil yang amat menarik sekali, dan juga pelekat khas yang mana boleh dilekat pada komputer atau laptop anda.
Melalui buku panduan tersebut, para pengguna boleh dapatkan pertolongan secara tidak langsung. Ini kerana segala proses pemasangan Ubuntu ditunjukkan satu demi satu langkah, yang mana amat berguna sekiranya anda ingin mula menggunakan sistem operasi Ubuntu pada komputer anda. Info pemasangan Ubuntu melalui Wubi juga turut disertakan bersama didalam Kit Ubuntu 8.10 ini. Selain daripada info pemasangan Ubuntu, beberapa info tambahan seperti pengenalan asas kepada dekstop Ubuntu, aplikasi setara dari Windows ke Ubuntu, keyboard shortcut, dan juga dimana anda boleh dapatkan bantuan mengenainya.

Selain itu, Kit Ubuntu ini juga disertakan bersama-sama dengan sebuah casing yang amat menarik sekali, dengan pelekat khas yang mana anda boleh melekatnya pada komputer anda, dan secara tidak langsung mempromosikan Ubuntu.
Sehingga artikel ini ditulis, sebanyak 27 kit Ubuntu telah ditempah oleh pembeli. Untuk penghantaran kali pertama ini, sebanyak 150 unit akan dihantar terlebih dahulu, dan mungkin akan dibuat lagi sekiranya terdapat permintaan lagi. Jadi, ianya antara produk eksklusif. Anda juga boleh menghadiahkannya kepada rakan-rakan anda dengan memperkenalkan mereka kepada dunia sumber terbuka. Harganya hanya Rm13.99 sahaja.
Komen pertama pada artikel ini akan mendapat Kit Ubuntu 8.10 secara percuma.



Bestnyer..windows pun dah byk mendatangkan masalah kpd kita..kit ni sgt sesuai utk para newbie yg belum kenal apa itu ubuntu..ada manual lagi!wow!murah2!!hangat!jom pakat2 beli!!majulah ubuntu utk malaysia!!!
Aku dah emel hang. Hehe.
Ok, nampak menarik, sesuai untuk pengguna baru ubuntu.
Part sticker tu agak kool. heh..
great for newbies. =)
Ces, Bat dah komen dulu. Melepas aku nak dapat Kit Ubuntu free.. huhu.
Hoho. Sebelum Bat, dah ada yang komen. Hehe.
nak jugak…tadek free ke?nak try gune gk.:D
hmm. brother, CD tu mmg free, tp kos selain CD tu yg ade harga sket. So, x leh nak bagi free.
Mungkin, kalu share ramai2 utk beli satu pun dah ok kut.
Yup, betul.
nice. a kit that every newbie need. [^^]
wow.
hu. bile la nak try ubuntu nih.
kulit depan je pun da salah tatabahasa.. “bebas dari virus”? .. bebas daripada virus lah..
bagi ler free… ^-^ xde duet mawu beli.. -.-”
Tak larat nak sponsor sumer seh…
Hehe..
Nanti kalo dah kaya, aku sponsor..
duit advertlets pun tak masuk lagi..
hmmm..
aku teringin nak guna ubuntu.kadang sakit hati gak aku ngan window.tapi bila guna ubuntu, ambik masa gak nak paham.kalau disertakan sekali dengan manual, mesti mudah nak paham.
agaknya berapa kos tu eh amanz?
murah jer, RM13.99 sekali ngan buku panduan + cd + sticker + casing yang cun giler
aku tak sangka dapat cd ubuntu 8.10 & sticker yg cun directly dari netherlands.
alhamdulillah, niat aku dah termakbul..
alamak… kit ubuntu dah naik harga la… jadi rm19.90 huhu…
tp nak mencuba punye pasal.. ok la tu kan… dari beli windows yang harganya RM!@#$.%^*
terbantut aku nak beli. huhu..
camne nak order? email pada saya keterangan lanjut. saya mmg berminat.. dmob_05@yahoo.com