Mungkin ramai yang menganggap Apple sebagai pesaing terdekat untuk Microsoft. Namun begitu, Steve Ballmer, CEO Microsoft, memberitahu selain Apple dua terdapat dua lagi pesaing yang digeruni oleh Microsoft. Pesaing pertama yang digeruni oleh Microsoft, adalah pasaran cetak rompak, dan seterusnya adalah Linux.

Carta Yang Di Perlihatkan Oleh Microsoft [via]
Microsoft mengatakan bahawa Linux merupakan ancaman yang lagi besar sekiranya dibandingkan dengan Apple, dan sekaligus meletakkan Linux di atas Apple didalam carta. Hal ini mungkin kerana sistem operasi Apple hanya didatangkan bersama hardware miliknya tersendiri, sedangkan Linux boleh digunakan pada sebarang harware.
Melalui sistem operasi Windows 7, Microsoft bercadang untuk menanggani aktiviti cetak rompak, selain memberikan perhatian pada pasaran Netbook. Selain Windows 7, Ubuntu 9.10 juga bakal menumpukan perhatian pada netbook. Tahun ini juga bakal menyaksikan Fedora 11, Mandriva 2009 dan sebagainya.


aku rasa window cetak rompak lagi banyak dr data yg di org dapat.aku rasa firefox dari IE di org.mana tak nye firefox 3 masa beta pun dpt download paling tinggi dlm masa 24 jam.pada pengguna IE,lupakan ie anda tu
pejuang sumber terbuka