Sebelum ini tersebar berita berkenaan Y2K38 yang mana berkait rapat dengan penggunaan algortima yang berkait dengan masa. Namun begitu, pada hari Jumaat yang lepas, berlaku satu detik yang bersejarah bagi para pengguna Linux sedunia, iaitu komputer yang menggunakan Unix mencapai saat yang ke 1234567890 sejak pelancaran penggunaan Unix, pada Januari 1, 1970. Penggunaan masa ini bukan sahaja pada platform Unix sahaja, malah pada Mac OS X, JavaScript, dan juga Linux serta beberapa teknologi yang lain. Malah, Google sendiri merayakannya dengan membuat logo khas sempena dengannya.
Walaupun ianya tidak bersalah untuk meraikannya, komuniti Unix tidak harus lupakan mengenai masalah yang dijangka timbul pada 2038, dimana integer positif 32-bit akan habis digunakan dan masa akan dimulakan semula. Mungkin mereka dapat mengatasinya dengan menyediakan patch untuk mengatasinya tidak lama lagi. Dengan komuniti yang besar seperti Unix, tidak mustahil masalah kecil sepertinya diatasi dengan mudah.



Tiada Komen