GNOME 2.26 Beta Di Lepaskan

Hampir sebulan lagi berbaki sebelum GNOME 2.26 dilancarkan, dan beta pertama untuk persekitaran dekstop GNOME 2.26 telah pun dilepaskan oleh pihak pembangunnya. GNOME 2.26 dijangka bakal diguna pakai dalam versi Ubuntu seterusnya, iaitu Ubuntu 9.04, dan versi penuh GNOME 2.26 dijangka akan dilepaskan pada 18 Mac 2009.

GNOME 2.26
GNOME 2.24

Melalui GNOME 2.26 versi akhir kelak, beberapa perkara akan diperkenalkan seperti antaramuka baru dengan tema yang lebih gelap, tema kompak yang menyokong skrin kecil, ikon-ikon GNOME yang direkabentuk semula, serta kemaskini aplikasi Evolution Mail.

Walaubagaimanapun, tiada perubahan antaramuka pada versi beta ini. Dua lagi versi pembangunan akan diperkenalkan, sebelum GNOME 2.26 diperkenalkan pada 18 Mac 2009. Ubuntu 9.04 dijangka akan dilepaskan pada bulan April kelak dengan menggunakan GNOME 2.26. Terdapat beberapa distro lain yang mana turut sama menggunakan GNOME untuk pembangunan desktopnya, namun Ubuntu merupakan antara distro GNOME yang diguna pakai ramai pengguna.

2 Komen

  1. Bat says:

    Kira ni hadiah harijadi aku la, sebab besday aku 18 mac. Ngehehehe =P

  2. abdusfauzi says:

    im still hoping that the navigation icon will be smaller. for me, it took to much space. :(

Tinggalkan Komen