KDE 4.3 Makin Cantik, Menarik dan Tertarik

Dengan pelancaran KDE 4.2 baru-baru ini, mungkin semua sudah sedia maklum bahawa pembinaan dan pembangunan KDE 4.3 sudah pun dimulakan. Mungkin buat masa ini, ramai sudah sedia maklum mengenai sedikit persamaan antara antaramuka dan rekabentuk desktop KDE dan juga Windows 7 yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Malah melalui suatu kajian yang dilakukan, ramai yang salah anggap KDE sebagai Windows 7.

Rekabentuk Permulaan KDE 4.3
Contoh Rekabentuk KDE 4.3 [via]

Dalam KDE 4.2, mereka telah menggunakan Air, yang mana hanyalah sebuah permulaan sahaja, dan bakal diperkembangkan kepada sesuatu yang lebih besar lagi. Selain itu, mereka juga sudah memulakan pembangunan tema Plasma. Menariknya mengenai Plasma ialah, ianya boleh dibangunkan mengikut kegemaran anda, dan dalam KDE 4.3 anda berupaya mengubah antaramuka desktop anda menjadi lebih menarik dengan mudah tanpa perlu menggunakan aplikasi tambahan.

Buat masa ini, info-info berkenaan KDE 4.3 masih sedikit, dan mereka hanya memaparkan contoh rekabentuk desktop ini sahaja. Ianya masih belum muktamad bahawa ianya merupakan rekabentuk akhir, namun kita sudah dapat melihat keupayaan KDE 4.3 kelak yang mana sudah setanding malah lebih tinggi lagi jika dibandingkan dengan sistem-sistem operasi yang lain.

Tiada Komen

Tinggalkan Komen