Fedora Linux 10 milik Red Hat sudah pun dikeluarkan kepada orang ramai sejak bulan November 2008 lepas, dan menariknya kini ianya sudah pun melepasi angka pemasangan 1 juta. Melalui satu sistem yang mengukur pemasangan aktif Fedora untuk menentukan berapa ramai pengguna aktif Fedora di seluruh dunia. Melaluinya, didapati, terdapat lebih 1,073,761 dalam penggunaan aktif, menjadikan ianya menjangkau angka 1 juta.

Fedora Linux 10 [via]
Sekiranya digabungkan bersama pengguna Fedora yang lain, angka yang didapati pada Februari 16, 2009 menunjukkan terdapat 12,188,598 pemasangan Fedora Linux di seluruh dunia. Dan mungkin angka ini kurang tepat, kerana turut mengira dari versi yang lain, dan mungkin kira sekali pemasangan kemaskini oleh para penggunanya.
Kini, Fedora 11 sudah pun memulakan pembangunan dan akan dilepaskan dalam beberapa minggu sahaja lagi.




Tiada Komen