Netbook HP Menggunakan Sistem Berasaskan Ubuntu

Sejak tahun lepas, Linux mendapat perhatian yang lebih lagi daripada para pembangun notebook-mini ataupun netbook. Sebelum ini, pernah diperkenalkan sistem operasi khas bagi para pengguna eeePC yang diasaskan daripada Ubuntu, iaitu Ubuneu Eee. Kini, HP pula muncul dengan Ubuntu yang telah diubah suai khas untuk notebook, HP Mini 1000 Mi.

HP Mini 1000 Mi
Antaramuka Sistem Operasi Pada HP Mini 1000 Mi [via]

Dengan antaramuka yang hitam menawan, ianya amat sesuai dengan rekabentuk HP Mini, yang mana melalui dashboardnya anda boleh mempunyai akses pantas ke beberapa tempat seperti emel anda, web-web kegemaran anda, muzik dan gambar anda, dan juga boleh membuat carian terus ke web. Selain itu, beberapa aplikasi yang disertakan bersama adalah seperti Pidgin dan Skype (di integrasi bersama webcam) untuk berkomunikasi, pelayar web Firefox, aplikasi pejabat – OpenOffice.org, klient emel – Thunderbird, Adobe Reader untuk membaca fail *pdf, beserta dengan 4 permainan GNOME. Anda boleh memiliki HP Mini 1000 Mi ini pada harga cuma $379.99 sahaja.

1 Komen

  1. hydir says:

    huh..very nice notebook…
    tp aku masih berminat dengan Mac Book Pro .. :)

Tinggalkan Komen