Miliki Nero Linux 3.0 Sekarang

Sekiranya anda pengguna tegar Windows, dan baru sahaja beralih kepada sistem operasi Linux, mungkin anda tercari-cari utiliti untuk burn CD sama seperti Nero di Windows. Menariknya, Nero juga ada menyediakan perisian yang sama untuk sistem operasi Linux. Versi terbarunya, Nero Linux 3.0 sudah boleh dimiliki sekarang dengan suatu harga yang ditetapkan. Sekiranya anda sekadar ingin mencuba, mungkin anda boleh memuat-turun versi percubaan yang disediakan secara percuma pada laman mereka.

KDE 4.3 Bakal Di Lepaskan Pada Akhir Julai 2009

KDE 4.3 yang bakal dilepaskan pada akhir bulan Julai 2009, atau lebih tepat lagi pada 28 Julai 2009. Walaubagaimanapun, baru-baru ini telah diperlihatkan beberapa idea awal bagaimana desktop dan antaramuka KDE bakal berevolusi. KDE 4.3 bakal memperlihatkan perubahan ikon, tema dan bunyi yang mana disediakan oleh Projek Oxygen.

KDE 4.3 Makin Cantik, Menarik dan Tertarik

Dengan pelancaran KDE 4.2 baru-baru ini, mungkin semua sudah sedia maklum bahawa pembinaan dan pembangunan KDE 4.3 sudah pun dimulakan. Mungkin buat masa ini, ramai sudah sedia maklum mengenai sedikit persamaan antara antaramuka dan rekabentuk desktop KDE dan juga Windows 7 yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Malah melalui suatu kajian yang dilakukan, ramai yang salah anggap KDE sebagai Windows 7.

Detik 1234567890 Sejak 1 Januari 1970

Sebelum ini tersebar berita berkenaan Y2K38 yang mana berkait rapat dengan penggunaan algortima yang berkait dengan masa. Namun begitu, pada hari Jumaat yang lepas, berlaku satu detik yang bersejarah bagi para pengguna Linux sedunia, iaitu komputer yang menggunakan Unix mencapai saat yang ke 1234567890 sejak pelancaran penggunaan Unix, pada Januari 1, 1970. Penggunaan masa ini bukan sahaja pada platform Unix sahaja, malah pada Mac OS X, JavaScript, dan juga Linux serta beberapa teknologi yang lain. Malah, Google sendiri merayakannya dengan membuat logo khas sempena dengannya.

Ubuntu Tweak 0.4.5 Di Lepaskan

Sebelum ini LinuxMalaya ada menulis mengenai aplikasi Ubuntu Tweak, yang mana membolehkan anda memperkemas dan menambah-baik serba sedikit pemasangan Ubuntu anda, sama seperti beberapa aplikasi tweak yang terdapat untuk sistem operasi Windows. Semalam, versi terkininya telah pun dilepaskan, iaitu Ubuntu Tweak 0.4.5.