Mungkin buat masa ini sudah ramai yang mengetahui berkenaan dengan Silverlight, yang dikatakan sebagai pesaing terdekat untuk Adobe Flash. Silverlight untuk platform Linux dikenali sebagai Moonlight, dan Microsoft telah mempertanggungjawabkan Novell untuk membangunkannya. Walaupun Moonlight telah pun dilepaskan pada 20 Januari yang lepas, ianya telah diumumkan secara rasminya, pada hari Rabu yang lepas.
Pihak pembangun PCLinuxOS telah pun mengumumkan beta ketiga bagi PCLinuxOS 2009. Mereka mengeluarkannya bawah nama N1PTT sebagai menghargai jasa Robert Green, salah seorang rakan dalam komuniti PCLinuxOS. Versi beta ketiga ini membawakan kernel 2.6.26.7.tex3, KDE 3.5.10, OpenOffice 3.0, Firefox 3.05, Thunderbird 2.0.0.14, KTorrent, Amarok, Adobe Flash, Java JRE, Compiz-Fusion 3D dan pelbagai perkara lain lagi.
Hampir sebulan lagi berbaki sebelum GNOME 2.26 dilancarkan, dan beta pertama untuk persekitaran dekstop GNOME 2.26 telah pun dilepaskan oleh pihak pembangunnya. GNOME 2.26 dijangka bakal diguna pakai dalam versi Ubuntu seterusnya, iaitu Ubuntu 9.04, dan versi penuh GNOME 2.26 dijangka akan dilepaskan pada 18 Mac 2009.
Sejak tahun lepas, Linux mendapat perhatian yang lebih lagi daripada para pembangun notebook-mini ataupun netbook. Sebelum ini, pernah diperkenalkan sistem operasi khas bagi para pengguna eeePC yang diasaskan daripada Ubuntu, iaitu Ubuneu Eee. Kini, HP pula muncul dengan Ubuntu yang telah diubah suai khas untuk notebook, HP Mini 1000 Mi. Antaramuka Sistem Operasi Pada HP [...]
Mungkin agak sudah terlambat untuk menulis mengenai KDE 4.2 yang dilepaskan pada 27 Januari yang lalu. Komuniti KDE memberikan nama kod “The Answer” ataupun Jawapan bagi KDE versi 4.2 ini. Sejak KDE 4.0 diperkenalkan tahun lepas, pelbagai perubahan telah dilakukan, dan kini KDE telah mula digunakan oleh ramai orang dari seluruh dunia. Berbeza dengan antaramuka [...]



