PCLinuxOS 2009 Beta Ketiga Menggunakan Kernel 2.6.26.8

Pihak pembangun PCLinuxOS telah pun mengumumkan beta ketiga bagi PCLinuxOS 2009. Mereka mengeluarkannya bawah nama N1PTT sebagai menghargai jasa Robert Green, salah seorang rakan dalam komuniti PCLinuxOS. Versi beta ketiga ini membawakan kernel 2.6.26.7.tex3, KDE 3.5.10, OpenOffice 3.0, Firefox 3.05, Thunderbird 2.0.0.14, KTorrent, Amarok, Adobe Flash, Java JRE, Compiz-Fusion 3D dan pelbagai perkara lain lagi.

PCLinuxOS masih menggunakan KDE 3.5.10 sebagai persekitaran desktop mereka, kerana mereka masih belum membangunkan fungsi dan kepenggunaan yang sama pada KDE 4. Walaubagaimanapun, mereka tetap akan mengeluarkan KDE4 sebagai persekitaran desktop alternatif kelak.

Anda boleh memuat-turun PCLinuxOS 2009 Beta Ke-3 ini daripada pelbagai mirror yang disediakan, dan membantu mereka dengan mengenal pasti sebarang masalah daripada penggunaannya dan melaporkannya kepada pihak pembangun PCLinuxOS kembali. Walaubagaimanapun, harus diingati bahawa ianya adalah dalam versi beta, dan pemasangan pada komputer utama tidak digalakkan, kerana ianya tidak boleh dikemaskini kepada versi penuh kelak.

Tiada Komen

Tinggalkan Komen