Ubuntu 9.04 Jaunty Jackapole sudah menghampiri tarikh pelepasannya pada bulan April 2009, iaitu kurang daripada dua bulan lagi. Selepas tiada beberapa perubahan pada versi Alpha yang terdahulu, versi pembangunan yang dikeluarkan baru-baru ini memperlihatkan beberapa perubahan drastik. Yang paling ketara adalah skrin log masuk yang membawa antaramuka baharu.

Skrin Log Masuk Ubuntu 9.10 [via]
Antaramuka terbaru ini menggunakan warna gelap, termasuk memperlihatkan logo Ubuntu di bucu sebelah kanan. Rekabentuk baharu ini diberikan nama Human, dan direkabentuk oleh Kenneth Wimer dan juga Mat Tomaszewski khas untuk Canonical. Ubuntu 9.04 dijangka akan dilepaskan pada 23 April 2009.



Mu rekalah thema ubuntu untuk akan datang.untuk khas untuk cononical.hehehehe.
nampak simple
tapi sungguh cool ! hehe
biler nak start guna? hoho..
Fuhhh cun jgk nihhh…tapi warna hitam agak tak sesuai aku rasa…yg len smua dh ok..hehe
logo ubuntu kat bawah tu, macam 3d.
smart + kool..
come
UBUNTU RULES!!!!
hurm. agak2, susah tak nak buat theme utk ubuntu? ape system diorang gune selama ni ek? macam berminat je nak buat. hehe.