Jaunty Jackalope Beta Di Lepaskan

Versi beta Ubuntu 9.04 telah pun dilepaskan pada hari Jumaat yang lepas, memperlihatkan dan memberi para pengguna pengalaman apa yang bakal dihidangkan pada versi akhir Ubuntu 9.04 kelak. Ubuntu 9.04 yang diberi nama kod Jaunty Jackalope bakal memperkenalkan pelbagai perkara baru, dan antaranya adalah sistem notifikasi yang serba baru, selain perubahan antaramuka dan pengenalan kepada cloud-computing.

MSC OSCON – Konvensyen Sumber Terbuka MSC Malaysia

Setelah kejayaan FOSS yang diadakan pada tahun lepas, kini kerajaan memberikan perhatian yang serius kepada dunia sumber terbuka dan linux. Aktivit terkini yang bakal dianjurkan dengan usahasama MSC Malaysia adalah Konvensyen Sumber Terbuka MSC Malaysia 2009 (MSC Malaysia Open Source Convention 2009) yang mana bakal diadakan di Berjaya Times Square Hotel & Convention Center, Kuala LUmpur daripada 31 Mei 2009 hingga 3 Jun 2009.

Ekonomi Tidak Menjejaskan Pendapatan Red Hat

Nampaknya ekonomi yang kurang stabil buat masa ini menguntungkan pembangun sumber terbuka, apabila banyak syarikat yang ingin mengurangkan kos dan beralih kepada perisian yang lebih murah serta percuma. Terkini, melalui pendapatan suku tahun ke-empat, Red Hat memperlihatkan pendapatan bersih yang meningkat jikalau dibandingkan dengan pendapatan bersih tahun lepas. Keuntungan yang didapati juga turut sama meningkat.

Ubuntu 9.04 Membawakan Skrin Boot Serba Baru

Selepas memperkenalkan tema baru beberapa hari yang lepas, kini Canonical sekali lagi memperlihatkan perkara baru pada sistem operasi yang dibangunkan mereka, Ubuntu. Terkini, mereka memperkenalkan skrin boot (USplash) yang serba baru dan ringkas. Bar loading digantikan dengan bar yang lebih kecil berbanding sebelumnya.

Cuba Chromium Pra-Alpha Sebagai Ganti Chrome

Pelayar web yang dibangunkan daripada kod sumber Chromium, Chrome sudah lama boleh digunakan dalam sistem operasi Windows, dan Google sudah pun mula membangunkannya untuk platform Mac OS X. Namun begitu, sehingga hari ini, masih tiada sebarang berita berkenaan pembangunannya untuk sistem operasi Linux. Walaupun dikatakan ianya sedang dibangunkan, masih belum kelihatan sebarang berita berkenaan dengannya.