Nampaknya ekonomi yang kurang stabil buat masa ini menguntungkan pembangun sumber terbuka, apabila banyak syarikat yang ingin mengurangkan kos dan beralih kepada perisian yang lebih murah serta percuma. Terkini, melalui pendapatan suku tahun ke-empat, Red Hat memperlihatkan pendapatan bersih yang meningkat.
Jikalau sebelum ini, ramai pihak menjangkakan keuntungan Red Hat bakal mencecah 20 peratus untuk setiap saham, Red Hat berjaya menunjukkan peningkatan yang lebih baik. Mereka berjaya menidakkan jangkaan awal, apabila mencecah 22 peratus untuk setiap saham.
Selain daripada itu, pendapatan Red Hat juga mencecah $166.2 juta, peningkatan 18 peratus daripada tahun sebelumnya. Daripada pendapatan ini, langganan sahaja telah mencecah lebih kurang $139.4 juta, peningkatan sebanyak 14 peratus daripada tahun sebelumnya.
Nampaknya, ekonomi yang lemah telah membuatkan banyak syarikat beralih kepada sistem operasi berasaskan sumber terbuka untuk mengurangkan kos operasi mereka, yang mana secara tidak langsung bakal meningkatkan penggunaan sumber terbuka dikalangan orang ramai.


hidup sumber terbuka,inilah masa kita berubah pada benda yang menjimatkan