Ramai yang sudah mula bercakap berkenaan dengan sistem operasi lama dahulu, sejak sebelum gOS diperkenalkan lagi. Malah, ada yang salah anggap bahawa gOS merupakan sistem operasi milik Google. Sebenarnya, gOS yang kian popular kini, adalah salah satu distro berasaskan Ubuntu yang mana banyak mengaplikasikan penggunaan aplikasi dalam talian dari Google dan beberapa servis internet yang lain.

Sistem Operasi Android Pada Netbook [via]
Tetapi, mungkin menjadi tanda tanya ramai pihak, apakah sistem operasi daripada Google sebenarnya. Sebelum ini, Google sudah pun mengeluarkan telefon bimbit mereka sendiri, G1 dengan menggunakan aplikasi sumber terbuka yang dibangunkan oleh mereka, iaitu Android. Selepas itu, beberapa petanda memperlihatkan bahawa Android turut sama boleh digunakan dalam netbook, yang kian mendapat perhatian pada masa kini.
Mungkin, Google turut sama akan menceburi bidang netbook menggunakan aplikasi Android mereka, selepas memberikan saingan yang hebat kepada iPhone daripada Apple. Malah, terdapat beberapa pihak sudah pun meramalkan, yang mana berkemungkinan besar suku tahun kedua ini akan menyaksikan netbook dengan sistem operasi yang dibangunkan oleh Google berada di pasaran.
Mungkin ramai yang akan menjangkakan bahawa, ianya hanyalah satu lagi distro Linux. Namun begitu, dengan kekuatan penjenamaan Google, mungkin mereka dapat memberi saingan yang hebat kepada Windows 7 yang dijangka berada di pasaran tidak lama lagi.




Sekarang tgh maju dgn CLOUD nya…
Untuk memajukan OS seperti Browers tenet..
herk…. tapi Linux distro lain dah ada dah.
Conqurer pun bleh guna….